Chasing a faster me

Monday 17 September 2012

Oren Sport Klang Run (Part 1)

Akhirnya, hari yang ditunggu2 telah tiba! Larian official yang pertama untuk ana dan adik ana yang telah saban hari dan bulan membuat persiapan sejak Julai 2012. Dan inilah coretannya..

15/9 (Malam)

Sepatutnya malam sebelum race adalah malam untuk relaks and rehat2, tapi for both us and the whole family, kitorang pegi ke Banting for a visit to one of relative yang dah lama promise nak buat nasi kerabu for her open house. And bila kitorang sampai, dah tersedia dah semua lauk dan menu atas meja. Fuh..sesungguhnya..ujian yang sangat besar dan sedap2 plak tuh. So in the end, tanpa segan silu, ana dan adik ana sental the nasi dua kali serving (each portion sikit2 jer yer..).

Alhamdulillah...kenyang perut dan bertambahlah lagi glycogen dalam badan untuk digunakan keesokan harinya.

Lepas makan, kitorang bergerak pulang ke Kajang and sampai dalam pukul 11.30pm. Tapi before ana tidur, ana siapkan dulu all the stuffs/kits yang nak dibawa untuk keesokan harinya supaya tak tertinggal. Dan akhirnya dalam pukul 12am (more or less), ana pun membongkangkan diri dengan nyenyaknya.

16/9 (Awal pagi)

We woke up that morning dalam pukul 4.30am, prepared ourselves and started the car engine dalam pukul 5am. Sempat jugak kitorang singgah kat 7 Eleven untuk membeli sedikit alas perut before the journey to Klang. Tak banyak pun yang dibeli. Just satu biskut Tiger coklat and 2 botol Gatorade. If dulu2 kalau beli and minum Gatorade or any isotonic drinks in the morning, confirm kena berleter dengan parent2 yang dikasihi sebab takut sakit perut.

Tapi sekarang ni and luckily for us, these Gatorades bukanla jenis yang carbonated sangat. So, agak baguslah untuk pre-race so that perut tuh diisi siap2 dengan electrolyte2 yang akan dipakai throughout the race nanti.

Arriving in Klang..

Along the drive, kitorang jamah biskut2 Tiger tuh 2 ketul seorang and teguk setengah botol Gatorade setiap seorang. By the time kitorang sampai kt Klang, perut pun dah rasa agak full and takda langsung rasa nak membuang lebihan2 angin ataupun air. Alhamdulillah.

Touch down bandar Klang, jam pun dah pukul 5.40am. Cari punya cari parking, akhirnya jumpalah satu spot yang paling dekat dengan padang Sultan Sulaiman tuh. And by the time enjin kereta mati, berkumandang jugaklah azan Subuh dari masjid India yang berdekatan.

Maka, bergeraklah kami untuk menunaikan solat sebelum menyambung kembara larian pertama kami di bumi Klang, Selangor pada pagi 16 September 2012.

to be continued..
Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Ku Berlari | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com